RombonganSekolah Menengah Elit Lembah Bidong, Terengganu tiba di kampus MCKK jam 8.30 pagi. Anggota Kesatuan Pelajar Kolej Melayu ( KPKM ) telah menyambut rombongan yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 orang guru penasihat.Taklimat dimulakan oleh Penolong Kanan ( HEM ) Encik Fairus bin Leman di Dewan Hargreaves. Rombongan dibawa melawat ke kawasan sekitar kolej termasuk blok Tingkatan Lima , Pusat Sumber , Bilik Dokumentasi dan diakhiri lawatan di Bilik Pameran MCKK selepas menikmati hidangan minuman ringan.Rombongan mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar di depan Big School selepas menikmati minuman ringan.Lawatan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.
Friday, July 17, 2009
PROGRAM PEMBANGUNAN STAFF

'KURSUS PENGHASILAN BLOG'
18 JULAI 2009
oleh: EN.MOHD RAZAK BIN IBRAHIM
18 JULAI 2009
oleh: EN.MOHD RAZAK BIN IBRAHIM
Kursus penghasilan blog telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Julai 2009. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer 2. Bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari. Encik Razak dan Encik Lokman daripada Syarikat IT Base selaku fasilitator terpaksa bertungkus lumus memberi input berguna kepada kami.
Kehadiran Penolong Kanan Encik Safuan bin Raba'ai dan guru-guru kanan yang lain telah menaikkan semangat kami untuk terus menimba ilmu dalam masa yang amat terbatas.
Kami berharap agar impak yang berguna akan dapat berhasil sebaik-baik sahaja kursus ini berakhir. Dan yang lebih utama ialah harapan kami agar segala perolehan ilmu ini akan dapat kami amalkan dan manfaatkan untuk kemaajuan seluruh umat Islam.
Terima Kasih...
Subscribe to:
Posts (Atom)