Friday, July 17, 2009

ROMBONGAN LeBest ke MCKK


RombonganSekolah Menengah Elit Lembah Bidong, Terengganu tiba di kampus MCKK jam 8.30 pagi. Anggota Kesatuan Pelajar Kolej Melayu ( KPKM ) telah menyambut rombongan yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 orang guru penasihat.Taklimat dimulakan oleh Penolong Kanan ( HEM ) Encik Fairus bin Leman di Dewan Hargreaves. Rombongan dibawa melawat ke kawasan sekitar kolej termasuk blok Tingkatan Lima , Pusat Sumber , Bilik Dokumentasi dan diakhiri lawatan di Bilik Pameran MCKK selepas menikmati hidangan minuman ringan.Rombongan mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar di depan Big School selepas menikmati minuman ringan.Lawatan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

PROGRAM PEMBANGUNAN STAFF


'KURSUS PENGHASILAN BLOG'
18 JULAI 2009
oleh: EN.MOHD RAZAK BIN IBRAHIM


Kursus penghasilan blog telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Julai 2009. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer 2. Bermula jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari. Encik Razak dan Encik Lokman daripada Syarikat IT Base selaku fasilitator terpaksa bertungkus lumus memberi input berguna kepada kami.

Kehadiran Penolong Kanan Encik Safuan bin Raba'ai dan guru-guru kanan yang lain telah menaikkan semangat kami untuk terus menimba ilmu dalam masa yang amat terbatas.

Kami berharap agar impak yang berguna akan dapat berhasil sebaik-baik sahaja kursus ini berakhir. Dan yang lebih utama ialah harapan kami agar segala perolehan ilmu ini akan dapat kami amalkan dan manfaatkan untuk kemaajuan seluruh umat Islam.
Terima Kasih...






THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR


FIAT SAPIENTA VIRTUS

-kebijaksanaan mutu manusia-

kenangan ku semasa di Tadika Dainamik





inilah antara plaja2 ku di tadika...aku telah berkhidmat d sana selama setahun..bnyk kenangan terindah spnjg ku berada d sana...moga kita akan berjmpa lg d masa akan datang...
gudluck TADIKA DAINAMIK...






pertama kali.....




18 JULAI 2009

hari ini merupakan hari pertama aku blaja bagaimana membuat laman blog sendiri...
rasa teruja la plak...org lain dh ber'blog' sejak berkurun lagi,aku bru nk blaja buat...mulai hari ini,aku akan ber'blog' setiap hari..hehe...